TOPIK 6 : Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban

Bab 6:-

Tajuk:  Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban

      Pada pendangan saya tentang tajuk ini ialah Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat .Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro,pertengahan dan mikro.Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada Perlembagaan bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan manghayati kemajmukan etika dan peradaban.Bagi Malaysia, Perlembagaaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahandan pentadbiran negara.Namun begitu, walaupun sentiasa "bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan" dan setelah lebih 60 tahun Perlembagaaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur. Bagi Perlembagaan dalam konteks Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis. Perlembagaan adalah juga simbol kemerdekaan dan kedaulatan negara. Di samping itu, Perlembagaan menyediakan asas kenegaraan Malaysia. Perlembagaan direka bentuk atas kerangka asal Tanah Melayu bersandarkan kepada sejarah, budaya dan amalan negara.Perlembagaan mengambil kira kepentingan kira kepentingan semua komuniti yang membentuk bangsa bagi negara ini. Perlembagaan Persekutuan berasaskan " kontrak sosial ". Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan melalui pengesahan undang-undang berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957. Perjanjian ini ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh wakil Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Raja-Raja bagi negeri-negeri.

Comments

Popular posts from this blog

TOPIK 5 : Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia

TOPIK 3 : Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian

TOPIK 4;PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA