TOPIK 3 : Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian
TOPIK 3 : Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian
Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada era pra-kolonial (PrK), telah wujud putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan sistem etikanya, melalui Selat Melaka.
Fenomena migrasi dan kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian.
Istilah ‘peradaban’ yang berasal daripada Bahasa Arab digunakan bagi menjelaskan tentang maksud ketamadunan.
Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya yang bertunjangkan kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti.
Komponen Etika dan Peradaban:
1. Persekitaran Geo-Fisikal (Laut-Daratan-Gunung Ganang)
-Sesuatu etnik mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi tertentu.
-
Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang di kelilingi Laut China Selatan dan Selat Melaka sebagai laluan tempat pertemuan dan pergaulan dua peradaban besar dunia, China dan India, melalui kegiatan perdagangan.
2. Masyarakat dan Demografi (Tani-Pedagang-Industri)
-Pelbagai bangsa yang membentuk satu kependudukan dari hidup sebagai komuniti-komuniti yang berasingan dan di Tanah Melayu terdapat tiga etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India di Semenanjung, Bumiputera Sabah seperti Kadazan-Dusun, Bajau dan lain-lain serta Bumiputera Sarawak seperti Iban, Melanau dan sebagainya yang bukan sahaja terpisah kerana adat, makanan dan pakaian tetapi juga daripada segi pekerjaan dan tempat tinggal.
3.
Ekonomi dan Pasaran (Sara Diri-Tukar Barang-Perdagangan)
-Masyarakat Melayu mengamalkan kegiatan ekonomi sara diri iaitu kegiatan ekonomi masyarakat yang paling asas dan hanya cukup untuk menampung keperluan diri dan keluarga.
-Kerajaan telah menjalankan strategi penyusunan semula masyarakat untuk menyelesaikan kedudukan yang tidak seimbang dari segi penguasaan ekonomi dalam kalangan kaum dan menggalakkan kemajuan ekonomi semua golongan masyarakat agar jurang perbezaan antara masyarakat dapat dihapuskan.
4. Falsafah dan Pemikiran (Tradisional-Modeniti)
-Falsafah dan Pemikiran Tradisional:
Perspektif ini berpandangan matlamat telah pun ditentukan dan ditetapkan, manakala manusia hanya diberi ruang untuk memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut.
-Falsafah dan Pemikiran Moden:
Perspektif ini berpandangan manusia berhak menentukan matlamat hidupnya dan berhak memilih cara bagaimana untuk mengecapi matlamat tersebut.
hi awak, pada pendapat saya, kalau boleh penggunaan font boleh pilih yang lebih senang pembaca untuk baca, overall thank you for making this content :)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete