TOPIK 5 : Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia
PENGENALAN
Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh ‘perabadan globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks.
Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.
Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang ditunfut oleh Islam dan agama agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini. Keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita, terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.
Comments
Post a Comment