Posts

Showing posts from October, 2020

TOPIK 6 : Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban

Bab 6:- Tajuk:  Perlembagaan Persekutuan sebagai Tapak Integrasi dan Wahana Etika dan Peradaban        Pada pendangan saya tentang tajuk ini ialah Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan ruang nyata di mana pelbagai pihak atau kelompok masyarakat .Tapak integrasi ini wujud pada peringkat makro,pertengahan dan mikro.Hampir semua masyarakat dunia menjadikan Perlembagaan, sama ada Perlembagaan bertulis ataupun tidak sebagai wahana untuk mengurus dan manghayati kemajmukan etika dan peradaban.Bagi Malaysia, Perlembagaaan Persekutuan adalah dokumen utama yang menjadi panduan dan sempadan dalam pemerintahandan pentadbiran negara.Namun begitu, walaupun sentiasa "bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan" dan setelah lebih 60 tahun Perlembagaaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal dengan aman dan makmur. Bagi Perlembagaan dalam konteks Malaysia ialah Perlembagaan Persekutuan adalah sebuah dokumen bertulis. Perlembagaan adalah juga simbol kemerdekaan dan kedaulatan

TOPIK 5 : Pembinaan Peradaban Majmuk Di Malaysia

PENGENALAN Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia hasil gabungan daripada beberapa peradaban besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di Alam Melayu. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh ‘perabadan globalisasi’ yang merupakan kacukan pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digital yang kompleks. Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan. Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang ditunfut oleh Islam dan agama agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakuk

TOPIK 4;PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA

Image
   TOPIK 4:PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MALAYSIA   PUAN NURUL HUDA  telah menerangkan kepada kami  mengenai topik 4 pada tarikh 09/10/2020 melalui kelas atas talian.       KANDUNGAN TOPIK 4: 4.1)PERPADUAN MATLAMAT DIIDAMKAN 4.2)KESEPADUAN TAHAP DICAPAI  HA 4.3)PENYATUPADUAN PROSES DIUSAHA                                                           Terdapat tiga lapisan perpaduan  PERPADUAN                              KESEPADUAN                                PENYATUPADUAN         matllamat negara yang                 negara aman dan damai tetapi          usaha semua masyarakat untuk   mempunyai pelbagai bangsa       masih merasakan terdapat jurang     menyelesaikan defisit sosial,                                                       antara kaum                                      berhawanakan tapak integrasi                                                                                                                   berprinsipkan tawar menawar,                                  

TOPIK 3 : Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian

 TOPIK 3 : Etika dan Peradaban Dalam Masyarakat Kepelbagaian Sebelum kedatangan Eropah ke Asia, pada era pra-kolonial (PrK), telah wujud putaran migrasi di wilayah Alam Melayu yang telah menemukan peradaban India, Cina, Timur Tengah dan Alam Melayu masing-masing dengan sistem etikanya, melalui Selat Melaka. Fenomena migrasi dan kepelbagaian, atau diversity, tidak dapat dipisahkan dalam mengupas etika dan peradaban dalam masyarakat kepelbagaian . Istilah ‘peradaban’ yang berasal daripada Bahasa Arab digunakan bagi menjelaskan tentang maksud ketamadunan. Sebelum kedatangan Islam, perkataan yang digunakan untuk membawa maksud peradaban adalah budaya yang bertunjangkan kepada keluhuran nilai dan kehalusan budi pekerti. Komponen Etika dan Peradaban:  1. Persekitaran Geo-Fisikal (Laut-Daratan-Gunung Ganang) -S esuatu etnik mempunyai pertalian sejarah, tradisi dan budaya dengan persekitaran kawasan geografi tertentu.  - Geo-fisikal Tanah Melayu sebuah semenanjung yang di kelilingi Laut Ch